Monday 4 March 2013

Sejarah Ringkas Mexico

Sejarah Mexico


Mexico ialah sebuah negara di Amerika Utara yang merupakan negara yang bertuturkan bahasa Sepanyol yang terbesar di dunia. Sejarah Mexico bermula dengan ketibaan sejumlah penduduk orang asli pada sekitar 12 500 tahun dahulu. Dengan melihat kepada wujudnya petempatan-petempatan dijangka mereka telah wujud seawal 20 000 tahun dahulu. Kaum kerabat puak kuno ini telah membina sebuah tamadun yang maju dan berkembang pesat dari tahun 1200 sm sehingga 1521 sm.



Mexico adalah sebuah Republik Persekutuan Perlembagaan di Amerika Utara.
Ibu Negara: Bandar Raya Mexico
Presiden Mexico: Enrique Peña Nieto
Mata Wang: peso Mexico
Bahasa rasmi: Bahasa Sepanyol
Kerajaan: republik Persekutuan, Perlembagaan republik & Sistem Presiden
Penduduk: 114793341 (2011)


Revolusi Mexico (1910-1920) 

Porfirio Diaz (1830-1915) adalah presiden Mexico yang digelar pemerintah kuku besi. Dengan cogan kata 'Kestabilan dan Kemajuan', diktator Porfirio Diaz telah berjaya membimbing negara Mexico ke zaman perindustrian semasa pemerintahannya antara tahun 1878-1911. Namun demikian, beliau mentadbir negara dengan cara kuku besi dan mengharamkan sebarang pilihan raya bebas dan menyekat kebebasan akhbar. Kedua-dua ini, bersama-sama dengan pengawalan seangkatan tentera yang kejam, kemudian menjadi pencetus utama Revolusi Mexico.

Revolusi Mexico menyaksikan pemindahan kuasa antara sebilangan pemimipin yang percubaan mereka untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil kerap digagalkan oleh pergolakkan yang baru. Pada asasnya, persengketaan ini berlaku antara puak liberal reformis dengan puak yang lebih radikal, umpamanya Emiliano Zapata yang berjuang untuk memindahkan tanah hacienda kepada rakyat miskin.


Dalam tempoh Revolusi Mexico yang berlangsung selama 10 tahun, antara 1.5 - 2 juta orang Mexico dijangka telah terkorban. Namun di sebalik tragedi yang berlaku, revolusi ini amat bermakna kepada rakyat Mexico kerana ia telah berjaya menghasilkan Perlembagaan Mexico 1917. Selepas revolusi ini tamat, kerajaan Mexico yang baru telah menumpukan perhatiannya terhadap pembinaan semula infrastruktur negara.






No comments:

Post a Comment