DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK)
LATAR BELAKANG
1. Kebudayaan
merupakan keseluruhan cara hidup manusia.
2. Kebudayaan
dalam pengertian yang luas ialah pakaian batin yang dilahirkan melalui proses
penghayatan yang berkesan dan mendalam.
3. Ia
dihasilkan melalui perlakuan manusia dalam pelbagai bentuk perhubungan,
penyataan fikiran, perasaan dan perbuatan, penyataan sikap, nilai-nilai yang
diyakini dan diamalkan dari semasa ke semasa sehingga mewujudkan kesejahteraan
hidup bermasyarakat yang bersatu padu dan kukuh.
4. Negara
dianggap sebagai suatu ruang kehidupan.
5. Manusia
atau penduduknya ialah bangsa yang mewakili sesebuah negara itu meskipun
mungkin terdiri daripada pelbagai keturunan dan kaum
6. Negara
sebagai tempat bagi kita mengembangkan potensi dan membangunkan peradaban
bangsa
7. Maka,
kebudayaan dalam erti kata ini ialah meliputi pembinaan sikap, nilai dan ciri
yang menentukan akal budi, ketinggian ilmu,penerimaan sains dan teknologi yang
sesuai sehingga menumbuhkan rasa persefahaman dan kekitaan sebagai satu bangsa
dalam satu Negara
8. Bagi
Malaysia, ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara,yakni
keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah
meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik.
9. Ini
sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan
masyarakat dalam satu proses yang berterusan.
10. Bagi
sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,
proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan
rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat ke Malaysiaan.
11. Perancangan
kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi
pembinaan bangsa dan ketahanan negara.
RASIONAL DKK
1. DKK
digubal pada tahun 1971 hasil persetujuan bersama dalam Kongres Kebudayaan
Kebangsaan 1971
2. Penggubalan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan
yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia.
3. Dasar
ini nanti akan dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan
mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
4. Penggubalan
dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah
serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun
dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau.
5. Peranannya
sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan,
penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan
asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.
PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK)
1.
Sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga
prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan
iaitu:
(i)
Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal
Serantau
1. Merangkumi
kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan
Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania)
sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau
budaya Melayu.
2. Rantau
ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu
sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun
Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
perhubungan antarabangsa (linguafranca).
3. Digambarkan
oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa
Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam,
kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya.
4. Budaya
Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran
keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun
bahasa yang sama.
5. Kebudayaan
rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu
telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.
(ii)
Unsur-unsur
Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Boleh Diterima
1. Kebudayaan
sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan
dan penyesuaian secara berterusan.
2. Prinsip
ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai
budaya
3. Dengan
itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan
wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan
Kebangsaan.
4. Kesesuaian
penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya
percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan
kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya
dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.
(iii)
Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam
Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
1. Agama
atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan
negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.
2. Agama
Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi
mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal
3. Oleh
itu ia patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara
4. Di
samping itu wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia
didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.
5. Ketiga-tiga
prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan
Kebangsaan 1971.
6. Ia
juga lambang atau simbol kepada asas pembentukan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia dan memaparkan kesejagatan dalam menentukan DKK yang berpihak kepada
semua kaum namun masih lagi didasari oleh peruntukan perlembagaan yang menjadi
pegangan dan sekatan norma kepada masyarakat Malaysia.
OBJEKTIF DKK
Pembangunan
Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting
untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang
demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah
bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:
(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara
melalui Kebudayaan;
(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian
kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan
(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan
kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan
sosioekonomi.
Ketiga-tiga objektif DKK dilihat bertimbal balik
di antara satu sama lain kerana melalui perpaduan maka cita-cita menanamkan
semangat kenegaraan, nasionalisme dan nilai-nilai persamaan dapat dipupuk . Pada masa yang sama
dapat melahirkan wajah bangsa Malaysia (Aziz Deraman: 2005). Hal ini bermakna
keperibadian rakyat dan suku kaum di Malaysia ditonjolkan berasaskan persamaan
ciri-ciri budaya yang mengatasi sifat-sifat perkaumaN. Lambang-lambang seperti
YDPA, nilai dan norma yang sama, falsafah RN dan perlembagaan menjadi
kebanggaan dan wadah menjamin wujudnya sebuah kebudayaan kebangsaan di Malaysia
DKK & PERPADUAN MASYARAKAT
1.
Pembentukan masyarakat dan bangsa Malaysia
baharu haruslah berupaya mewajahkan sebuah masyarakat yang kukuh, bersatu padu
dan bersefahaman, taat setia, terhindar daripada kemiskinan pemikiran semangat,
tenaga, bermoral dan mempunyai suatu kehidupan kebangsaan yang boleh dimegahkan
2.
Oleh yang demikian, matlamat pembinaan
kebudayaan kebangsaan memang menepati hasrat dan konsep pembangunan serta
pemajuan bangsa yang berjiwa besar di negara ini.
3.
Selain daripada cita-cita untuk mewujudkan
perpaduan bangsa dan negara, matlamat kebudayaan juga adalah untuk menjaga dan
memelihara, mengembangkan dan mengukuhkan pembinaan kebudayaan kebangsaan.
Strategi & Pelaksanaan Objektif DKK
1.
Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan
ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama
penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya
2.
Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya
melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak
kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan
3.
Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah
kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia
4.
Memenuhi keperluan sosiobudaya
5.
Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
DKK SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA
Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang
mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza.
Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam
membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan
identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan
tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat.
Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat
membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan
keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan
kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum.
Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan
sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan
keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka
dan bermaruah.
Masyarakat Malaysia yang terbentuk hasil
penggubalan DKK ini adalah diharapkan boleh menjadi masyarakat yang konsisten
dalam mempertahankan toleransi, kesepaduan, semangat nasionalisme, mengamalkan
nilai-nilai atau norma yang sama dalam sebuah bumbung negara yang berasaskan
masyarakat pluralistik
terima kasih, semoga Allah swt meberkati usaha murni saudari
ReplyDeletethanx
ReplyDelete