Sejarah Penubuhan
Berdasarkan catatan yang ditemui, Majlis
Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu ditubuhkan pada tahun 1949 apabila
Undang-undang Bil.1 Tahun 1949 diwartakan pada 16 Februari tahun yang sama.
Menurut warta tersebut, bahawa Yang Maha
Mulia Sultan akan menyebabkan supaya dibuat Undang-Undang bagi maksud mengatur
segala perkara-perkara agama dan bagi mendirikan satu Majlis Agama Islam dan
Adat Istiadat Melayu kerana membantu dan menasihatkan Duli Yang Maha Mulia di
dalam semua perkara yang bersangkut dengan Agama Islami dan Adat Istiadat
Melayu.
Undang-Undang tersebut dinamakan
Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu 1949 (1368).
Keahliannya terdiri tidak kurang daripada 3
orang ahli rasmi yang memegang jawatan yang bergaji di bawah Kerajaan Negeri
dan tidak kurang daripada 5 orang ahli yang bukan rasmi.
Bagaimanapun, sepanjang Undang-Undang
tersebut ditubuhkan, senarai keahlian Majlis tidak ditemui sehinggalah
Undang-Undang tersebut dipinda 6 tahun kemudian iaitu dengan termaktubnya
Undang-Undang Pentadbiran Hukum Syarak Tahun 1955 (1375).
Undang-Undang ini turut menghapuskan
perkataan Istiadat dan diletakkan di bahagian III di bawah fasa 6 hingga 21
dengan menampakkan peranan dan fungsi yang lebih jelas dan terarah.
Mulai dari itu (01/07/1958), telah ditemui
senarai keahliannya yang diwartakan dari semasa ke semasa hingga sekarang. Pada
peringkat itu, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu akan dilantik menjadi
Yang DiPertua Majlis.
Perkara ini berlaku sehinggalah Kerajaan sekali
lagi mewartakan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 pada 26 Mac
1987.
FUNGSI
Penubuhan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu
adalah bertujuan untuk membantu dan menasihatkan Duli Yang Maha Mulia Sultan
dalam semua perkara yang berhubung dengan hal ehwal Islam dan adat Melayu amnya
OBJEKTIF
- Untuk memastikan pengurusan dan perjalanan hal ehwal Islam di negeri ini pada landasan yang betul.
- Untuk mempertingkatkan dan meneguhkan sosio-ekonomi umat Islam.
- Untuk memastikan harta-harta Islam terpelihara, berkembang dan membangun sesuai menurut tuntutan syara'
- Mempastikan semua orang Islam mengeluarkan zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)
MISI
Menjadikan
MAIDAM sebuah Institusi Majlis Agama Islam yang unggul dan cemerlang di
Malaysia
VISI
Melaksanakan segala polisi dan dasar MAIDAM dengan cekap dan berkesan
ORGANISASI MAIDAM
Seksyen Pembangunan & Pengurusan Harta
Latar Belakang
Peranan/Fungsi Unit
Memainkan peranan
yang penting di dalam membangun, mentadbir dan menyelenggara premis Majlis,
memajukan tanah Majlis/Baitulmal/Wakaf serta memastikan pembangunan ekonomi
Majlis berjalan lancar.
Percapaian
Unit ini telah
melaksanakan beberapa aktiviti sejak 1997 samada ke atas tanah dan harta
Majlis, wakaf dan penyertaan zakat serta Baitulmal. Berikut adalah antara
beberapa projek yang telah berjaya dilaksanakan :
-
Pembinaan bangunan asrama bagi pelajar Kolej Yayasan Terengganu.
-
Pembinaan bangunan pejabat 12 tingkat di Jalan Sultan Ismail K.Terengganu.
-
Pembinaan 25 unit rumah di bawah skim Perumahan Desa MAIDAM di Kemaman.
-
Penyertaan usahasama dalam ladang kelapa sawit bersama TDM.
-
Pembinaan 13 unit rumah kedai di Pekan Batu Enam.
-
Pembinaan surau Syed Saggaf di bandar Kuala Terengganu.
-
Pembinaan asrama penginapan pelajar Universiti Darul Iman (UDM).
-
Pembinaan secara “Joint Venture” 98 unit perumahan dan kedai di Tok Jembal
Kuala
Terengganu.
Terengganu.
-
Pembinaan 4 unit kedai setingkat di Teluk Lipat Dungun.
-
Membina 10 unit rumah kedai 2 tingkat di Dungun.
-
Membina 8 unit gerai perniagaan di Bukit Kecil Kuala Terengganu.
-
Membina Kompleks Darul Hidayah untuk saudara baru di Titian Lembut Kuala
Terengganu.
Terengganu.
Piagam Pelanggan
1. Merancang dan melaksanakan projek-projek
pembangunan berdasarkan “Key Performance Indicators (KPI) yang ditetapkan.
2. Menyediakan dokumen
sebutharga/tenderdalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh kebenaran belanja.
3. Menyedia dan memastikan
projek-projek pembangunan yang dilaksana dapat disiapkan dalam tempoh yang
ditetapkan.
4. Membantu menangani keperluan
tunaai cepat & sementara melalui khidmat gadaian yang berteraskan
prinsip dan pengalaman muamalat Islamiah.
5. Menyediakan khidmat runding gadaian
Islam serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan.
Seksyen Pungutan Zakat
dan Promosi
Latar Belakang
Pungutan Zakat
dikendalikan oleh Peg. Hal Ehwal Islam iaitu, Pen.
Setiausaha (Pungutan/Promosi) di bawah seliaan Ketua Pen. Setiausaha
(Baitulmal). Berkuatkuasa di bawah pentadbiran MAIDAM mulai 27 Ogos 1998.
Sebelum ini,ianya berada di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama
Terengganu sebelum pindaan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986.
Bagaimanapun dari segi fungsinya masih tetap sama iaitu berperanan untuk
memastikan kutipana zakat dapat dilaksanakan secara efisien dan menepati
syara’.
Mulai Julai 2002,
kaunter-kaunter zakat MAIDAM telah dikenali sebagai Pusat Urusan Zakat (PUZ)
MAIDAM. Setiap daerah akan diwujudkan sebuah PUZ yang terletak di tempat-tempat
stategik bagi memudahkan pembayar-pembayar zakat berurusan.
Peranan
Unit Pungutan Zakat
memainkan peranan yang amat penting iaitu memungut wang-wang zakat selain
memperkenalkan medium-medium pembayaran zakat untuk kemudahan bayaran zakat.
Objektif
Meningkatkan pungutan
zakat
- Mendidik dan menyampaikan seruan berzakat kepada masyarakat
- Menggalak dan mendorong orang Islam Negeri Terengganu membayar zakat
- Menyediakan kemudahan pembayaran zakat kepada orang Islam Negeri Terengganu
Piagam Pelanggan
1. Maklumat
pembayaran zakat adalah rahsia dan sentiasa dikemaskini.
2.
Menerima layanan yang mesra dan penerangan tentang pembayaran zakat dengan
jelas.
3.
Memperoleh resit rasmi serta merta dalam masa 8 minit apabila membayar zakat di
kaunter.
4.
Memperoleh penyata bayaran dua kali setahun bagi pembayaran melalui potongan
gaji.
5.
Memastikan anda berasa selesa apabila berurusan dengan kami.
6.
Memberi maklumat yang tepat, jelas dan terkini.
7. Memperoleh
resit rasmi dalam tempoh 14 hari bila membayar melalui agen bank, pos dan
kaunter
sementara.
sementara.
8. Proses
perlantikan amil adalah dalam tempoh 5 hari waktu bekerja.
Seksyen Agihan Zakat
Latar Belakang
Unit Agihan
Zakat terdiri daripada sub Unit Ekonomi dan Keushawanan, Unit Pembangunan
Pendidikan , Unit Sosial dan Kemanusiaan dan Unit Hal Ehwal Saudara Baru. Unit
ini bertanggungjawab merancang, mengendali dan memproses permohonan-permohonan
bantuan samada daripada individu dan organisasi. Justeru itu , bagi
memantapkan lagi pengurusannya , pihak MAIDAM telah mengambil langkah
membangunkan beberapa prosedur serta telah mendapatkan pengiktirafan persijilan
MS ISO 9001:2000 yang mula berkuatkuasa pada 2/12/2007 . Seterusnya pada
2/5/2010 persijilan ISO telah di naik taraf kepada MS ISO 9001:2008.
Pengiktirafan tersebut amat perlu bagi memastikan pengagihan zakat dapat
dilakukan dengan lebih cepat, tepat dan efisyen selaras dengan moto pengurusan
agihan iaitu “Zakat Perkasa, Asnaf Terbela, Ummah Sejahtera ”.
Asas utama pengagihan zakat adalah berpandukan kepada firman Allah ( S.W.T ) dalam Surah At-Taubah Ayat 60 , yang bermaksud : Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang fakir, orang miskin , amil-amil yang menguruskannya , muallaf yang dijinakkan hatinya , hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya , orang yang berhutang , orang yang berjuang pada jalan Allah dan orang musafir yang diharuskan oleh syarak . Ketetapan hukum yang sedemikian itu adalah datangnya dari Allah , dan ingatlah, Allah Maha mengetahui lagi Maha bijaksana.
Asas utama pengagihan zakat adalah berpandukan kepada firman Allah ( S.W.T ) dalam Surah At-Taubah Ayat 60 , yang bermaksud : Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang fakir, orang miskin , amil-amil yang menguruskannya , muallaf yang dijinakkan hatinya , hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya , orang yang berhutang , orang yang berjuang pada jalan Allah dan orang musafir yang diharuskan oleh syarak . Ketetapan hukum yang sedemikian itu adalah datangnya dari Allah , dan ingatlah, Allah Maha mengetahui lagi Maha bijaksana.
Visi
Ke arah pengagihan
zakat secara efisyen dan sistematik kepada asnaf yang lapan
Misi
Memperkasakan
sosio-ekonomi asnaf melalui bantuan modal berdikari, bantuan kemanusiaan,
bantuan pendidikan dan program kaunseling yang berkesan.
Objektif
i- Melahirkan ramai
ushawan asnaf yang berjaya serta mampu
berdikari dan berdaya saing melalui skim bantuan modal
ii- Membantu asnaf zakat seluruh negeri melalui bantuan pendidikan
bagi mengelakkan berlaku keciciran dalam menimba ilmu
pengetahuan.
iii- Membantu serta meringankan bebanan asnaf dalam memenuhi
sebahagian keperluan hidupnya .
iv- Membangunkan modal insan saudara kita menerusi pendidikan,
bantuan kebajikan dan khidmat kaunseling yang berkesan.
berdikari dan berdaya saing melalui skim bantuan modal
ii- Membantu asnaf zakat seluruh negeri melalui bantuan pendidikan
bagi mengelakkan berlaku keciciran dalam menimba ilmu
pengetahuan.
iii- Membantu serta meringankan bebanan asnaf dalam memenuhi
sebahagian keperluan hidupnya .
iv- Membangunkan modal insan saudara kita menerusi pendidikan,
bantuan kebajikan dan khidmat kaunseling yang berkesan.
Piagam Pelanggan
Kami berjanji,
1. Menyelesaikan
permohonan bantuan dalam tempoh 1 hari bekerja – 5 bulan.
2. Mempastikan
agihan zakat dilaksanakan secara telus dan profesional kepada asnaf.
3. Mempastikan
agihan dibuat berpandu kepada profil rakyat termiskin.
4. Mempastikan
bantuan berbentuk segera serta merta bagi yang memenuhi syarat.
5. Mengutamakan
kepentingan pelanggan dengan melayan dengan cepat, cekap dan mesra.
Seksyen Wakaf dan Sumber Am
Latar Belakang
Unit Wakaf dan Sumber
Am dikawal selia oleh seorang Penolong Setiausaha (Wakaf dan Sumber Am) dan
merupakan salah satu unit yang berperanan menguruskan harta wakaf. Fasal
63 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422H/2001M,
memperuntukkan MAIDAM hendaklah menjadi pengawal tunggal bagi semua wakaf, sama
ada wakaf am, wakaf khas, nazar am dan semua amanah dari segala jenis yang
mewujudkan amanah khairat untuk bantuan dan kemajuan Agama Islam atau sebagai
faedah orang Islam mengikut Hukum Syarak. Adalah menjadi tanggungjawab MAIDAM
untuk mengurus atau mengambil sebarang langkah untuk memajukan harta-harta
wakaf dan seterusnya merancang sumber wakaf untuk mendapatkan hasil dan manfaat
kepada pewakaf dan masyarakat dalam jangkamasa panjang.
Sementara Sumber Am pula lebih dikenali sebagai Baitulmal, merupakan satu bentuk pentadbiran mengendalikan harta-harta orang Islam yang mati yang tidak mempunyai waris atau berwaris tetapi tidak menghabisi semua bahagian mengikut faraid, selaras dengan peruntukan Fasal 59. Secara umumnya perolehan atau hasil Sumber Am termasuklah perolehan pesaka, hasil dari tanah atau tanaman, penyerahan wang faedah bank, barang-barang tercicir (luqatah) dan pelbagai sumbangan.
Sementara Sumber Am pula lebih dikenali sebagai Baitulmal, merupakan satu bentuk pentadbiran mengendalikan harta-harta orang Islam yang mati yang tidak mempunyai waris atau berwaris tetapi tidak menghabisi semua bahagian mengikut faraid, selaras dengan peruntukan Fasal 59. Secara umumnya perolehan atau hasil Sumber Am termasuklah perolehan pesaka, hasil dari tanah atau tanaman, penyerahan wang faedah bank, barang-barang tercicir (luqatah) dan pelbagai sumbangan.
Peranan
Unit Wakaf dan Sumber
Am bertanggungjawap untuk menguruskan hal-hal mengenai pewakafan dan mengawal
selia harta-harta wakaf, di samping mengendalikan mengenai baitumal.
JENIS-JENIS WAKAF
1. Wakaf Am
2. Wakaf Khas
3. Wakaf masjid/Surau
4. Pelajaran Agama
5. Perkuburan Islam
6. Wakaf Zuriat
TANAH BAITULMAL
Sehingga kini,
terdapat lebih kurang 500 lot tanah yang terletak di bawah baitulmal (Majlis Agama
Islam dan Adat Melayu Terengganu) mempunyai kepentingan dan bahagian. Dari
jumlah tersebut, hanya 36 lot sahaja yang majlis mempunyai kesemua kepentingan.
Walau bagaimanapun, jumlah ini sentiasa berubah-ubah kerana majlis berusaha
untuk melupuskan / menjual apabila kepentingannya pada sesuatu tanah itu
sedikit sahaja dan membeli sekiranya difikirkan tanah itu mempunyai kepentingan
yang besar kepada majlis dan berpotensi untuk dimajukan.
Pembangunan Tanah
Baitulmal
Memandangkan masalah
pemilikan bersyarikat, kedudukan yang tidak ekonomik dan lain-lain masalah,
hanya satu lot tanah sahaja yang telah dimajukan sebagai ladang getah yang
berkeluasan 10 ekar yang terletak di Jerangau. Hasil getah telah berkurangan
dan akan digantikan dengan tanaman lain yang lebih menguntungkan.
Pengurusan Gadaian Islam & Ar-Rahnu
Latar Belakang
Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) merupakan
satu aktiviti Kerajaan Negeri yang diamanahkan kepada MAIDAM untuk menguruskan
operasinya. MGIT lebih merupakan satu badan kebajikan dengan memperkenalkan
konsep Al Qardul Hassan bagi meringankan beban masyarakat yang memerlukan
bantuan segera pada kadar pinjaman dan tempoh masa yang tertentu.
Muasasah Gadaian
Islam Terengganu beroperasi di :
No. 18A, Jalan Sultan
Sulaiman
20000 Kuala
Terengganu,
Terengganu Darul
Iman.
(Hadapan Masjid
Putih)
Tel : 09-6236604
Peranan
MGIT berperanan
sebagai pembantu rakyat semasa kesempitan dengan cara memberi hutang bercagar
tanpa dikenakan sebarang faedah. Ianya sebagai alternatif dan sekaligus
menyelamatkan umat Islam daripada kancah riba.
Perancangan
Majlis Agama Islam
Dan Adat Melayu Terengganu pada masa ini telahpun membuka 9 cawangan baru
dengan konsep Ar-Rahnu di seluruh Terengganu. Perancangan MAIDAM adalah untuk
menambah lagi di pekan-pekan kecil seperti di Bukit Payung, Kemasik,
Kuala Besut dan sebagainya.
kenapalah background text tu warna hitam.. susah lah orang baca
ReplyDelete