Sunday 2 June 2013

MAJLIS AGAMA NEGERI TERENGGANU

Sejarah Penubuhan

Berdasarkan catatan yang ditemui, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu ditubuhkan pada tahun 1949 apabila Undang-undang Bil.1 Tahun 1949 diwartakan pada 16 Februari tahun yang sama.
Menurut warta tersebut, bahawa Yang Maha Mulia Sultan akan menyebabkan supaya dibuat Undang-Undang bagi maksud mengatur segala perkara-perkara agama dan bagi mendirikan satu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu kerana membantu dan menasihatkan Duli Yang Maha Mulia di dalam semua perkara yang bersangkut dengan Agama Islami dan Adat Istiadat Melayu.
Undang-Undang tersebut dinamakan Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu 1949 (1368).
Keahliannya terdiri tidak kurang daripada 3 orang ahli rasmi yang memegang jawatan yang bergaji di bawah Kerajaan Negeri dan tidak kurang daripada 5 orang ahli yang bukan rasmi.
Bagaimanapun, sepanjang Undang-Undang tersebut ditubuhkan, senarai keahlian Majlis tidak ditemui sehinggalah Undang-Undang tersebut dipinda 6 tahun kemudian iaitu dengan termaktubnya Undang-Undang Pentadbiran Hukum Syarak Tahun 1955 (1375).
Undang-Undang ini turut menghapuskan perkataan Istiadat dan diletakkan di bahagian III di bawah fasa 6 hingga 21 dengan menampakkan peranan dan fungsi yang lebih jelas dan terarah.
Mulai dari itu (01/07/1958), telah ditemui senarai keahliannya yang diwartakan dari semasa ke semasa hingga sekarang. Pada peringkat itu, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu akan dilantik menjadi Yang DiPertua Majlis.
Perkara ini berlaku sehinggalah Kerajaan sekali lagi mewartakan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 pada 26 Mac 1987.

FUNGSI

Penubuhan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu adalah bertujuan untuk membantu dan menasihatkan Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam semua perkara yang berhubung dengan hal ehwal Islam dan adat Melayu amnya

OBJEKTIF
  • Untuk memastikan pengurusan dan perjalanan hal ehwal Islam di negeri ini pada landasan yang betul.
  • Untuk mempertingkatkan dan meneguhkan sosio-ekonomi umat Islam.
  • Untuk memastikan harta-harta Islam terpelihara, berkembang dan membangun sesuai menurut tuntutan syara'
  • Mempastikan semua orang Islam mengeluarkan zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)
MISI

Menjadikan MAIDAM sebuah Institusi Majlis Agama Islam yang unggul dan cemerlang di Malaysia

VISI

Melaksanakan segala polisi dan dasar MAIDAM dengan cekap dan berkesan

ORGANISASI MAIDAM


Seksyen Pembangunan & Pengurusan Harta

Latar Belakang

Diketuai oleh Penolong Kanan Setiausaha (Pembangunan Harta) yang bertanggungjawab kepada Ketua Penolong Setiausaha (Baitulmal). Seksyen ini mempunyai skop aktiviti yang khusus iaitu memantapkan penyertaan dalam milikan aset MAIDAM / Wakaf / Baitulmal melalui pembangunan dan hartanah serta memastikan pentadbiran, penyelenggaraan premis kepunyaan MAIDAM/Baitulmal/Wakaf dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.

Peranan/Fungsi Unit

Memainkan peranan yang penting di dalam membangun, mentadbir dan menyelenggara premis Majlis, memajukan tanah Majlis/Baitulmal/Wakaf serta memastikan pembangunan ekonomi Majlis berjalan lancar.

Percapaian

Unit ini telah melaksanakan beberapa aktiviti sejak 1997 samada ke atas tanah dan harta Majlis, wakaf dan penyertaan  zakat serta Baitulmal. Berikut adalah antara beberapa projek yang telah berjaya dilaksanakan :
-          Pembinaan bangunan asrama bagi pelajar Kolej Yayasan Terengganu.
-          Pembinaan bangunan pejabat 12 tingkat di Jalan Sultan Ismail K.Terengganu.
-          Pembinaan 25 unit rumah di bawah skim Perumahan Desa MAIDAM di Kemaman.
-          Penyertaan usahasama dalam ladang kelapa sawit bersama TDM.
-          Pembinaan 13 unit rumah kedai di Pekan Batu Enam.
-          Pembinaan surau Syed Saggaf di bandar Kuala Terengganu.
-          Pembinaan asrama penginapan pelajar Universiti Darul Iman (UDM).
-          Pembinaan secara “Joint Venture” 98 unit perumahan dan kedai di Tok Jembal Kuala
     Terengganu.
-          Pembinaan 4 unit kedai setingkat di Teluk Lipat Dungun.
-          Membina 10 unit rumah kedai 2 tingkat di Dungun.
-          Membina 8 unit gerai perniagaan di Bukit Kecil Kuala Terengganu.
-          Membina Kompleks Darul Hidayah untuk saudara baru di Titian Lembut Kuala
      Terengganu.

Piagam Pelanggan

1.  Merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan berdasarkan “Key Performance Indicators (KPI) yang ditetapkan.
2.  Menyediakan dokumen sebutharga/tenderdalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh kebenaran belanja.
3.   Menyedia dan memastikan projek-projek pembangunan yang dilaksana dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
4.   Membantu menangani keperluan tunaai cepat & sementara melalui khidmat  gadaian yang berteraskan prinsip dan pengalaman muamalat Islamiah.
5.  Menyediakan khidmat runding gadaian Islam serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan.



Seksyen Pungutan Zakat dan Promosi

Latar Belakang

Pungutan Zakat dikendalikan oleh Peg. Hal Ehwal Islam iaitu, Pen. Setiausaha (Pungutan/Promosi) di bawah seliaan Ketua Pen. Setiausaha (Baitulmal). Berkuatkuasa di bawah pentadbiran MAIDAM mulai 27 Ogos 1998. Sebelum ini,ianya berada di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu sebelum pindaan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986. Bagaimanapun dari segi fungsinya masih tetap sama iaitu berperanan untuk memastikan kutipana zakat dapat dilaksanakan secara efisien dan menepati syara’.
Mulai Julai 2002, kaunter-kaunter zakat MAIDAM telah dikenali sebagai Pusat Urusan Zakat (PUZ) MAIDAM. Setiap daerah akan diwujudkan sebuah PUZ yang terletak di tempat-tempat stategik bagi memudahkan pembayar-pembayar zakat berurusan.

Peranan 

Unit Pungutan Zakat memainkan peranan yang amat penting iaitu memungut wang-wang zakat selain memperkenalkan medium-medium pembayaran zakat untuk kemudahan bayaran zakat.

Objektif

Meningkatkan pungutan zakat
  • Mendidik dan menyampaikan seruan berzakat kepada masyarakat
  • Menggalak dan mendorong orang Islam Negeri Terengganu membayar zakat
  • Menyediakan kemudahan pembayaran zakat kepada orang Islam Negeri Terengganu

Piagam Pelanggan

1.       Maklumat pembayaran zakat adalah rahsia dan sentiasa dikemaskini.
2.       Menerima layanan yang mesra dan penerangan tentang pembayaran zakat dengan jelas.
3.       Memperoleh resit rasmi serta merta dalam masa 8 minit apabila membayar zakat di kaunter.
4.       Memperoleh penyata bayaran dua kali setahun bagi pembayaran melalui potongan gaji.
5.       Memastikan anda berasa selesa apabila berurusan dengan kami.
6.       Memberi maklumat yang tepat, jelas dan terkini.
7.       Memperoleh resit rasmi dalam tempoh 14 hari bila membayar melalui agen bank, pos dan kaunter
    sementara.
8.       Proses perlantikan amil adalah dalam tempoh 5 hari waktu bekerja.


Seksyen Agihan Zakat

Latar Belakang

Unit  Agihan Zakat  terdiri daripada sub Unit Ekonomi dan Keushawanan, Unit Pembangunan Pendidikan , Unit Sosial dan Kemanusiaan dan Unit Hal Ehwal Saudara Baru. Unit ini bertanggungjawab merancang, mengendali dan memproses  permohonan-permohonan  bantuan samada daripada individu dan organisasi.  Justeru itu , bagi memantapkan lagi pengurusannya , pihak MAIDAM telah mengambil langkah membangunkan beberapa prosedur serta telah mendapatkan pengiktirafan persijilan MS ISO 9001:2000 yang mula berkuatkuasa pada 2/12/2007 . Seterusnya pada 2/5/2010 persijilan ISO telah di naik taraf kepada MS ISO 9001:2008. Pengiktirafan tersebut amat perlu bagi memastikan pengagihan zakat dapat dilakukan dengan lebih cepat, tepat dan efisyen selaras dengan moto pengurusan agihan  iaitu “Zakat Perkasa, Asnaf Terbela, Ummah Sejahtera ”.
Asas utama pengagihan zakat adalah berpandukan kepada firman Allah ( S.W.T ) dalam Surah At-Taubah Ayat 60 , yang bermaksud : Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang fakir, orang miskin , amil-amil yang menguruskannya , muallaf yang dijinakkan hatinya , hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya , orang yang berhutang , orang yang berjuang pada jalan Allah dan orang musafir yang diharuskan oleh syarak  . Ketetapan hukum yang sedemikian itu adalah datangnya dari Allah , dan ingatlah, Allah Maha mengetahui lagi Maha bijaksana.

Visi

Ke arah pengagihan zakat secara efisyen dan sistematik kepada asnaf yang lapan

Misi

Memperkasakan sosio-ekonomi asnaf melalui bantuan modal berdikari,  bantuan kemanusiaan, bantuan pendidikan dan program kaunseling yang berkesan.

Objektif

i-    Melahirkan   ramai ushawan asnaf yang berjaya serta mampu
      berdikari dan berdaya saing melalui skim bantuan modal     
ii-   Membantu   asnaf  zakat seluruh negeri melalui bantuan  pendidikan
      bagi mengelakkan berlaku  keciciran dalam menimba ilmu
      pengetahuan.
iii-  Membantu serta meringankan bebanan asnaf dalam memenuhi
       sebahagian keperluan  hidupnya  .
iv-  Membangunkan modal insan saudara kita menerusi pendidikan, 
      bantuan kebajikan dan khidmat kaunseling yang berkesan.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji,
1.       Menyelesaikan permohonan bantuan dalam tempoh 1 hari bekerja – 5 bulan.
2.       Mempastikan agihan zakat dilaksanakan secara telus dan profesional kepada asnaf.
3.       Mempastikan agihan dibuat berpandu kepada profil rakyat termiskin.
4.       Mempastikan bantuan berbentuk segera serta merta bagi yang memenuhi syarat.
5.       Mengutamakan kepentingan pelanggan dengan melayan dengan cepat, cekap dan mesra.


Seksyen Wakaf dan Sumber Am

Latar Belakang

Unit Wakaf dan Sumber Am dikawal selia oleh seorang Penolong Setiausaha (Wakaf dan Sumber Am) dan merupakan salah satu unit yang berperanan menguruskan harta wakaf. Fasal 63 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422H/2001M, memperuntukkan MAIDAM hendaklah menjadi pengawal tunggal bagi semua wakaf, sama ada wakaf am, wakaf khas, nazar am dan semua amanah dari segala jenis yang mewujudkan amanah khairat untuk bantuan dan kemajuan Agama Islam atau sebagai faedah orang Islam mengikut Hukum Syarak. Adalah menjadi tanggungjawab MAIDAM untuk mengurus atau mengambil sebarang langkah untuk memajukan harta-harta wakaf dan seterusnya merancang sumber wakaf untuk mendapatkan hasil dan manfaat kepada pewakaf dan masyarakat dalam jangkamasa panjang.
Sementara Sumber Am pula lebih dikenali sebagai Baitulmal, merupakan satu bentuk pentadbiran mengendalikan harta-harta orang Islam yang mati yang tidak mempunyai waris atau berwaris tetapi tidak menghabisi semua bahagian mengikut faraid, selaras dengan peruntukan Fasal 59. Secara umumnya perolehan atau hasil Sumber Am termasuklah perolehan pesaka, hasil dari tanah atau tanaman, penyerahan wang faedah bank, barang-barang tercicir (luqatah) dan pelbagai sumbangan.

Peranan 

Unit Wakaf dan Sumber Am bertanggungjawap untuk menguruskan hal-hal mengenai pewakafan dan mengawal selia harta-harta wakaf, di samping mengendalikan mengenai baitumal.

JENIS-JENIS WAKAF

1. Wakaf Am
2. Wakaf Khas
     3. Wakaf masjid/Surau
     4. Pelajaran Agama
     5. Perkuburan Islam
     6. Wakaf Zuriat


TANAH BAITULMAL

Sehingga kini, terdapat lebih kurang 500 lot tanah yang terletak di bawah baitulmal (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) mempunyai kepentingan dan bahagian. Dari jumlah tersebut, hanya 36 lot sahaja yang majlis mempunyai kesemua kepentingan. Walau bagaimanapun, jumlah ini sentiasa berubah-ubah kerana majlis berusaha untuk melupuskan / menjual apabila kepentingannya pada sesuatu tanah itu sedikit sahaja dan membeli sekiranya difikirkan tanah itu mempunyai kepentingan yang besar kepada majlis dan berpotensi untuk dimajukan.

Pembangunan Tanah Baitulmal

Memandangkan masalah pemilikan bersyarikat, kedudukan yang tidak ekonomik dan lain-lain masalah, hanya satu lot tanah sahaja yang telah dimajukan sebagai ladang getah yang berkeluasan 10 ekar yang terletak di Jerangau. Hasil getah telah berkurangan dan akan digantikan dengan tanaman lain yang lebih menguntungkan.
Pengurusan Gadaian Islam & Ar-Rahnu

Latar Belakang

Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) merupakan satu aktiviti Kerajaan Negeri yang diamanahkan kepada MAIDAM untuk menguruskan operasinya. MGIT lebih merupakan satu badan kebajikan dengan memperkenalkan konsep Al Qardul Hassan bagi meringankan beban masyarakat yang memerlukan bantuan segera pada kadar pinjaman dan tempoh masa yang tertentu.
Muasasah Gadaian Islam Terengganu beroperasi di :
No. 18A, Jalan Sultan Sulaiman
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
(Hadapan Masjid Putih)
Tel : 09-6236604

Peranan

MGIT berperanan sebagai pembantu rakyat semasa kesempitan dengan cara memberi hutang bercagar tanpa dikenakan sebarang faedah. Ianya sebagai alternatif dan sekaligus menyelamatkan umat Islam daripada kancah riba. 

Perancangan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu pada masa ini telahpun membuka 9 cawangan baru dengan konsep Ar-Rahnu di seluruh Terengganu. Perancangan MAIDAM adalah untuk menambah lagi di pekan-pekan kecil seperti  di Bukit Payung, Kemasik, Kuala Besut dan sebagainya.













1 comment:

  1. kenapalah background text tu warna hitam.. susah lah orang baca

    ReplyDelete