Sunday 2 June 2013

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK)


DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK)
 
LATAR BELAKANG

1.      Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia.
2.      Kebudayaan dalam pengertian yang luas ialah pakaian batin yang dilahirkan melalui proses penghayatan yang berkesan dan mendalam.
3.      Ia dihasilkan melalui perlakuan manusia dalam pelbagai bentuk perhubungan, penyataan fikiran, perasaan dan perbuatan, penyataan sikap, nilai-nilai yang diyakini dan diamalkan dari semasa ke semasa sehingga mewujudkan kesejahteraan hidup bermasyarakat yang bersatu padu dan kukuh.
4.      Negara dianggap sebagai suatu ruang kehidupan.
5.      Manusia atau penduduknya ialah bangsa yang mewakili sesebuah negara itu meskipun mungkin terdiri daripada pelbagai keturunan dan kaum
6.      Negara sebagai tempat bagi kita mengembangkan potensi dan membangunkan peradaban bangsa
7.      Maka, kebudayaan dalam erti kata ini ialah meliputi pembinaan sikap, nilai dan ciri yang menentukan akal budi, ketinggian ilmu,penerimaan sains dan teknologi yang sesuai sehingga menumbuhkan rasa persefahaman dan kekitaan sebagai satu bangsa dalam satu Negara
8.      Bagi Malaysia, ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara,yakni keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik.
9.      Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.
10.  Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat ke Malaysiaan.
11.  Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

RASIONAL DKK

1.      DKK digubal pada tahun 1971 hasil persetujuan bersama dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971
2.      Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia.
3.      Dasar ini nanti akan dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
4.      Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau.
5.      Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.
     
     PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK)
 
1.      Sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:
(i)                Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Serantau
1.      Merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu.
2.      Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca).
3.      Digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya.
4.      Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama.
5.      Kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.
(ii)              Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Boleh Diterima
1.      Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan.
2.      Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya
3.      Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
4.      Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.
(iii)           Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
1.      Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.
2.      Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal
3.      Oleh itu ia patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara
4.      Di samping itu wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.
5.      Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.
6.      Ia juga lambang atau simbol kepada asas pembentukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan memaparkan kesejagatan dalam menentukan DKK yang berpihak kepada semua kaum namun masih lagi didasari oleh peruntukan perlembagaan yang menjadi pegangan dan sekatan norma kepada masyarakat Malaysia.


OBJEKTIF DKK

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:
(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;
(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan
(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
Ketiga-tiga objektif DKK dilihat bertimbal balik di antara satu sama lain kerana melalui perpaduan maka cita-cita menanamkan semangat kenegaraan, nasionalisme dan nilai-nilai persamaan dapat dipupuk . Pada masa yang sama dapat melahirkan wajah bangsa Malaysia (Aziz Deraman: 2005). Hal ini bermakna keperibadian rakyat dan suku kaum di Malaysia ditonjolkan berasaskan persamaan ciri-ciri budaya yang mengatasi sifat-sifat perkaumaN. Lambang-lambang seperti YDPA, nilai dan norma yang sama, falsafah RN dan perlembagaan menjadi kebanggaan dan wadah menjamin wujudnya sebuah kebudayaan kebangsaan di Malaysia

DKK & PERPADUAN MASYARAKAT

1.     Pembentukan masyarakat dan bangsa Malaysia baharu haruslah berupaya mewajahkan sebuah masyarakat yang kukuh, bersatu padu dan bersefahaman, taat setia, terhindar daripada kemiskinan pemikiran semangat, tenaga, bermoral dan mempunyai suatu kehidupan kebangsaan yang boleh dimegahkan
2.     Oleh yang demikian, matlamat pembinaan kebudayaan kebangsaan memang menepati hasrat dan konsep pembangunan serta pemajuan bangsa yang berjiwa besar di negara ini.
3.     Selain daripada cita-cita untuk mewujudkan perpaduan bangsa dan negara, matlamat kebudayaan juga adalah untuk menjaga dan memelihara, mengembangkan dan mengukuhkan pembinaan kebudayaan kebangsaan.

Strategi & Pelaksanaan Objektif DKK
1.     Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya
2.     Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan
3.     Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia
4.     Memenuhi keperluan sosiobudaya
5.     Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

DKK SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA

Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza.
Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat.
Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum.
Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.
Masyarakat Malaysia yang terbentuk hasil penggubalan DKK ini adalah diharapkan boleh menjadi masyarakat yang konsisten dalam mempertahankan toleransi, kesepaduan, semangat nasionalisme, mengamalkan nilai-nilai atau norma yang sama dalam sebuah bumbung negara yang berasaskan masyarakat pluralistik

MAJLIS AGAMA NEGERI SELANGOR





Latarbelakang MAIS 
 
Latar belakang Majlis Agama Islam Selangor dikategorikan kepada Latar belakang, Fungsi MAIS, Kuasa MAIS dan Senarai Pengerusi MAIS.

LATAR BELAKANG
MAIS merupakan satu entiti pertubuhan perbadanan (a body corporate) menurut Seksyen 5(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada 1 Mac 2005, Pentadbiran Bahagian Pengurusan Baitulmal (BPB) telah dipindahkan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke MAIS dan telah disahkan oleh Mesyuarat MAIS pada 14 April 2005.

Pengasingan ini adalah menepati kehendak peruntukan Seksyen 81(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan bahawa MAIS berkuasa untuk mentadbir dan berhak kepada semua wang dan harta Baitulmal.


KEWAJIPAN MAIS

"MAKA HENDAKLAH MENJADI KEWAJIPAN MAJLIS UNTUK MENGGALAKKAN, MENDORONG, MEMBANTU DAN MENGUSAHAKAN KEMAJUAN DAN KESEJAHTERAAN EKONOMI DAN SOSIAL MASYARAKAT ISLAM DI DALAM NEGERI SELANGOR SELARAS DENGAN HUKUM SYARAK"
Seksyen 7, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

FUNGSI MAIS
Pada awal penubuhannya, fungsi MAIS adalah untuk menasihati DYMM Sultan sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 (Enakmen No. 3 Tahun 1952) yang menyatakan seperti berikut:

'Majlis bagi pihaknya dengan kuasa dikurniakan oleh DYMM Sultan bagi sifatnya menjadi Ketua Agama Negeri inil Hendaklah menolong dan menasihatkan kepada DYMM Sultan di atas segala perkara yang berkaitan dengan Agama Negeri dan Adat Istiadat Melayu, dan hendaklah di dalam segala perkara-perkara itu menjadi kuasa yang tertinggi sekali di dalam negeri ini melainkan yang ada berlawanan dengan perkara yang tersebut di dalam Undang-undang ini.'

Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, fungsi MAIS tersebut telah dimansuhkan dan digantikan dengan Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagaimana berikut:

'Majlis hendaklah membantu dan menasihati DYMM berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan Agama Islam di dalam Negeri Selangor, kecuali perkara-perkara Hukum syarak dan berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Negeri Selangor selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.'


KUASA MAIS
Kuasa-kuasa MAIS yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 (Enakmen No. 3 Tahun 1952) dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah sama dalam 10 bidang kuasa.

Walau bagaimanapun, terdapat penambahan kuasa untuk MAIS dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagaimana dijelaskan dalam jadual berikut:

1952
 2003  
1.
Majlis berkuasa menjadi pewaris, harta pusaka dan wakil amanah.
1.
Majlis berkuasa menjadi pewaris, harta pusaka dan wakil amanah.      
2.
Majlis berkuasa menjalankan aktiviti komersial dan perindustrian.
2.
Majlis berkuasa menjalankan aktiviti komersial dan perindustrian.
3.
Majlis berkuasa menggalakkan kegiatan komersial tersebut melalui
bantuan kewangan.
3.
Majlis berkuasa menggalakkan kegiatan komersial tersebut melalui
bantuan kewangan.
4.
Majlis berkuasa menjalankan kegiatan komersial secara usaha sama.
4.
Majlis berkuasa menjalankan kegiatan komersial secara usaha sama.
5.
Majlis berkuasa membuat pelaburan.
5.
Majlis berkuasa membuat pelaburan.
6.
Majlis berkuasa menubuhkan sekolah Islam, Institut latihan dan
penyelidikan Islam.
6.
Majlis berkuasa menubuhkan sekolah Islam, Institut latihan dan
penyelidikan Islam.
7.
Majlis berkuasa menubuhkan perbadanan dan anak syarikat.
7.
Majlis berkuasa menubuhkan perbadanan dan anak syarikat.
8.
Majlis berkuasa membuat pinjaman.
8.
Majlis berkuasa membuat pinjaman.
9.
Majlis berkuasa melantik jawatankuasa-jawatankuasa dan pegawai
untuk membantu dalam menunaikan kewajipannya.
9.
Majlis berkuasa melantik jawatankuasa-jawatankuasa dan pegawai
untuk membantu dalam menunaikan kewajipannya.
10.
Majlis berkuasa menentukan tatacara dan amalannya sendiri.
10.
Majlis berkuasa menentukan tatacara dan amalannya sendiri.


11.
Majlis berkuasa menubuhkan, mengurus dan mengawal rumah-rumah
kebajikan untuk anak yatim.


12.
Majlis berkuasa menubuhkan skim pinjaman pendidikan tinggi.


13.
Majlis berkuasa melakukan segala perbuatan yang sesuai dan bermanfaat.






Penubuhan MAIS 

Pada awal penubuhannya, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dikenali sebagai satu badan yang tetap dinamakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor.

Ia ditubuhkan dibawah seksyen 5, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 (Enakmen No. 3 Tahun 1952) sebagaimana berikut:

"Hendaklah diadakan satu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor dan disebut dalam bahasa Inggeris 'Council of Religion and Malay Customs Selangor''.

Penubuhan Majlis ketika itu adalah bertujuan menasihati DYMM Sultan dalam hal-hal yang bersabit dengan Agama Islam dan Adat Melayu.

Nama dan identiti badan ini kemudiannya ditukar kepada satu pertubuhan perbadanan yang bernama Majlis Agama Islam Selangor berdasarkan kepada seksyen 5 (1), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagaimana berikut:

"Majlis hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan meterai itu boleh dari masa ke semasa dipecahkan, ditukar dan diubah dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis, dan, sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini, meterai Majlis terdahulu bolehlah digunakan sebagai meterai perbadanan bagi Majlis."
MAIS merupakan satu entiti pertubuhan perbadanan (a body corporate) menurut Seksyen 5(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada 1 Mac 2005, Pentadbiran Bahagian Pengurusan Baitulmal (BPB) telah dipindahkan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke MAIS dan telah disahkan oleh Mesyuarat MAIS pada 14 April 2005.

Pengasingan ini adalah menepati kehendak peruntukan Seksyen 81(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan bahawa MAIS berkuasa untuk mentadbir dan berhak kepada semua wang dan harta Baitulmal.



ORGANISASI MAIS


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 




Mengurus sumber manusia secara terancangan dan strategik, bilangan yang mencukupi, kompeten dan berdisiplin, pengurusan kerjaya dan pengiktirafan yang baik serta adil serta pengurusan kemudahan dan kebajikan yang mantap dan berkesan.

Fungsi-Fungsi 

Mengurus hal ehwal Pengurusan Sumber Manusia yang meliputi:
  •  pengambilan dan perkhidmatan
  •  pengurusan prestasi pegawai
  •  Pengurusan penganugerahan pegawai
  •  Penyeliaan tatakelakuan dan tatatertib
  •  Pengurusan kebajikan dan persaraan
  •  Mengurus program latihan dan kompetensi
  •  Mengurus Sistem Pengurusan Kualiti



Bahagian Pengurusan Hartanah


 



Merancang, melaksana dan mengurus hartanah Majlis supaya mendatangkan pulangan kepada majlis secara optimum bagi membantu meningkatkan kedudukan ekonomi umat islam di Negeri Selangor. 


Latar Belakang Bahagian Pengurusan Hartanah 

Selaras dengan pemerkasaan MAIS, maka bahagian ini dikenali dengan Bahagian Pengurusan Hartanah. Dalam memastikan tanggungjawab MAIS sebagai pemegang amanah tunggal harta umat Islam di Negeri Selangor dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bahagian ini berperanan dalam mengurus, menyelenggara dan membangunkan harta-harta tersebut agar dapat memberikan pulangan dan manfaat kepada umat Islam di negeri ini. Untuk memastikan tugas tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar, bahagian ini dibahagikan kepada tiga (3) unit iaitu:

         *   Unit Pembangunan Hartanah
         *   Unit Pengurusan Hartanah
         *   Unit Penyelenggaraan

Waran perjawatan yang telah diluluskan dalam Mesyuarat MAIS bagi Bahagian Pengurusan Hartanah adalah sebanyak 5 jawatan. bahagian ini diketuai oleh seorang Penolong Setiausaha gred 44, 3 orang Pegawai gred 41 yang mengetuai Unit Pembangunan Hartanah, Unit Pengurusan Hartanah dan Unit Penyelenggaraan, 6 orang pegawai gred 27/29, 6 orang pegawai gred 17.

 Fungsi-Fungsi Bahagian Pengurusan Hartanah

Fungsi-fungsi utama Bahagian Pengurusan Hartanah ialah:
  • Mentadbir dan memanfaatkan hartanah MAIS.
  • Memastikan penyelenggaraan hartanah MAIS secara terancang, sistematik dan selamat.
  • Memastikan pengurusan penyewaan hartanah MAIS adalah pada tahap yang maksima.
  • Memastikan mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan diadakan 4 kali setahun.