Monday, 4 March 2013

Konflik di Mexico


Konflik Di Mexico

1. Penyeludupan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pernah menyenaraikan Mexico sebagai pusat nombor satu bagi kes penyeludupan remaja ke Amerika Utara. Remaja yang diseludup selalunya berumur 12 tahun dan keatas. Mereka akan diberi dadah dan dirogol sebelum dijual kepada agensi berkenaan dan juga kepada pasangan yang tidak memiliki anak.

2. Pelacuran
Casa Alianza sebuah program di Mexico mendedahkan majoriti gadis yang bekerja di rumah adalah mangsa pelacuran. Kebanyakkan gadis yang menjadi mangsa pelacuran adalah berusia 11-13 tahun. Mereka akan dibayar mengikut kategori tertentu melihat kepada kecantikan, kesihatan dan juga faktor umur. Bagi gadis yang cantik dan muda biasanya akan dijual kepada pegawai-pegawai atasan dan juga askar.

3. Pornografi
Menurut perkhidmatan pos AS, Mexico City adalah pengeluar utama video pornografi kanak-kanak. Kebanyakkan mangsa adalah kanak-kanak berumur 7-11 tahun. harga video tersebut dijual dengan harga  $ 250 setiap satu. Pelanggan video porno kebanyakkannya adalah penduduk Amerika Syarikat.

 

Sejarah Ringkas Mexico

Sejarah Mexico


Mexico ialah sebuah negara di Amerika Utara yang merupakan negara yang bertuturkan bahasa Sepanyol yang terbesar di dunia. Sejarah Mexico bermula dengan ketibaan sejumlah penduduk orang asli pada sekitar 12 500 tahun dahulu. Dengan melihat kepada wujudnya petempatan-petempatan dijangka mereka telah wujud seawal 20 000 tahun dahulu. Kaum kerabat puak kuno ini telah membina sebuah tamadun yang maju dan berkembang pesat dari tahun 1200 sm sehingga 1521 sm.



Mexico adalah sebuah Republik Persekutuan Perlembagaan di Amerika Utara.
Ibu Negara: Bandar Raya Mexico
Presiden Mexico: Enrique Peña Nieto
Mata Wang: peso Mexico
Bahasa rasmi: Bahasa Sepanyol
Kerajaan: republik Persekutuan, Perlembagaan republik & Sistem Presiden
Penduduk: 114793341 (2011)


Revolusi Mexico (1910-1920) 

Porfirio Diaz (1830-1915) adalah presiden Mexico yang digelar pemerintah kuku besi. Dengan cogan kata 'Kestabilan dan Kemajuan', diktator Porfirio Diaz telah berjaya membimbing negara Mexico ke zaman perindustrian semasa pemerintahannya antara tahun 1878-1911. Namun demikian, beliau mentadbir negara dengan cara kuku besi dan mengharamkan sebarang pilihan raya bebas dan menyekat kebebasan akhbar. Kedua-dua ini, bersama-sama dengan pengawalan seangkatan tentera yang kejam, kemudian menjadi pencetus utama Revolusi Mexico.

Revolusi Mexico menyaksikan pemindahan kuasa antara sebilangan pemimipin yang percubaan mereka untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil kerap digagalkan oleh pergolakkan yang baru. Pada asasnya, persengketaan ini berlaku antara puak liberal reformis dengan puak yang lebih radikal, umpamanya Emiliano Zapata yang berjuang untuk memindahkan tanah hacienda kepada rakyat miskin.


Dalam tempoh Revolusi Mexico yang berlangsung selama 10 tahun, antara 1.5 - 2 juta orang Mexico dijangka telah terkorban. Namun di sebalik tragedi yang berlaku, revolusi ini amat bermakna kepada rakyat Mexico kerana ia telah berjaya menghasilkan Perlembagaan Mexico 1917. Selepas revolusi ini tamat, kerajaan Mexico yang baru telah menumpukan perhatiannya terhadap pembinaan semula infrastruktur negara.