Sunday 2 June 2013

MAJLIS AGAMA NEGERI SELANGOR





Latarbelakang MAIS 
 
Latar belakang Majlis Agama Islam Selangor dikategorikan kepada Latar belakang, Fungsi MAIS, Kuasa MAIS dan Senarai Pengerusi MAIS.

LATAR BELAKANG
MAIS merupakan satu entiti pertubuhan perbadanan (a body corporate) menurut Seksyen 5(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada 1 Mac 2005, Pentadbiran Bahagian Pengurusan Baitulmal (BPB) telah dipindahkan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke MAIS dan telah disahkan oleh Mesyuarat MAIS pada 14 April 2005.

Pengasingan ini adalah menepati kehendak peruntukan Seksyen 81(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan bahawa MAIS berkuasa untuk mentadbir dan berhak kepada semua wang dan harta Baitulmal.


KEWAJIPAN MAIS

"MAKA HENDAKLAH MENJADI KEWAJIPAN MAJLIS UNTUK MENGGALAKKAN, MENDORONG, MEMBANTU DAN MENGUSAHAKAN KEMAJUAN DAN KESEJAHTERAAN EKONOMI DAN SOSIAL MASYARAKAT ISLAM DI DALAM NEGERI SELANGOR SELARAS DENGAN HUKUM SYARAK"
Seksyen 7, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

FUNGSI MAIS
Pada awal penubuhannya, fungsi MAIS adalah untuk menasihati DYMM Sultan sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 (Enakmen No. 3 Tahun 1952) yang menyatakan seperti berikut:

'Majlis bagi pihaknya dengan kuasa dikurniakan oleh DYMM Sultan bagi sifatnya menjadi Ketua Agama Negeri inil Hendaklah menolong dan menasihatkan kepada DYMM Sultan di atas segala perkara yang berkaitan dengan Agama Negeri dan Adat Istiadat Melayu, dan hendaklah di dalam segala perkara-perkara itu menjadi kuasa yang tertinggi sekali di dalam negeri ini melainkan yang ada berlawanan dengan perkara yang tersebut di dalam Undang-undang ini.'

Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, fungsi MAIS tersebut telah dimansuhkan dan digantikan dengan Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagaimana berikut:

'Majlis hendaklah membantu dan menasihati DYMM berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan Agama Islam di dalam Negeri Selangor, kecuali perkara-perkara Hukum syarak dan berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Negeri Selangor selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.'


KUASA MAIS
Kuasa-kuasa MAIS yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 (Enakmen No. 3 Tahun 1952) dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah sama dalam 10 bidang kuasa.

Walau bagaimanapun, terdapat penambahan kuasa untuk MAIS dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagaimana dijelaskan dalam jadual berikut:

1952
 2003  
1.
Majlis berkuasa menjadi pewaris, harta pusaka dan wakil amanah.
1.
Majlis berkuasa menjadi pewaris, harta pusaka dan wakil amanah.      
2.
Majlis berkuasa menjalankan aktiviti komersial dan perindustrian.
2.
Majlis berkuasa menjalankan aktiviti komersial dan perindustrian.
3.
Majlis berkuasa menggalakkan kegiatan komersial tersebut melalui
bantuan kewangan.
3.
Majlis berkuasa menggalakkan kegiatan komersial tersebut melalui
bantuan kewangan.
4.
Majlis berkuasa menjalankan kegiatan komersial secara usaha sama.
4.
Majlis berkuasa menjalankan kegiatan komersial secara usaha sama.
5.
Majlis berkuasa membuat pelaburan.
5.
Majlis berkuasa membuat pelaburan.
6.
Majlis berkuasa menubuhkan sekolah Islam, Institut latihan dan
penyelidikan Islam.
6.
Majlis berkuasa menubuhkan sekolah Islam, Institut latihan dan
penyelidikan Islam.
7.
Majlis berkuasa menubuhkan perbadanan dan anak syarikat.
7.
Majlis berkuasa menubuhkan perbadanan dan anak syarikat.
8.
Majlis berkuasa membuat pinjaman.
8.
Majlis berkuasa membuat pinjaman.
9.
Majlis berkuasa melantik jawatankuasa-jawatankuasa dan pegawai
untuk membantu dalam menunaikan kewajipannya.
9.
Majlis berkuasa melantik jawatankuasa-jawatankuasa dan pegawai
untuk membantu dalam menunaikan kewajipannya.
10.
Majlis berkuasa menentukan tatacara dan amalannya sendiri.
10.
Majlis berkuasa menentukan tatacara dan amalannya sendiri.


11.
Majlis berkuasa menubuhkan, mengurus dan mengawal rumah-rumah
kebajikan untuk anak yatim.


12.
Majlis berkuasa menubuhkan skim pinjaman pendidikan tinggi.


13.
Majlis berkuasa melakukan segala perbuatan yang sesuai dan bermanfaat.






Penubuhan MAIS 

Pada awal penubuhannya, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dikenali sebagai satu badan yang tetap dinamakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor.

Ia ditubuhkan dibawah seksyen 5, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 (Enakmen No. 3 Tahun 1952) sebagaimana berikut:

"Hendaklah diadakan satu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor dan disebut dalam bahasa Inggeris 'Council of Religion and Malay Customs Selangor''.

Penubuhan Majlis ketika itu adalah bertujuan menasihati DYMM Sultan dalam hal-hal yang bersabit dengan Agama Islam dan Adat Melayu.

Nama dan identiti badan ini kemudiannya ditukar kepada satu pertubuhan perbadanan yang bernama Majlis Agama Islam Selangor berdasarkan kepada seksyen 5 (1), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagaimana berikut:

"Majlis hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan meterai itu boleh dari masa ke semasa dipecahkan, ditukar dan diubah dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis, dan, sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini, meterai Majlis terdahulu bolehlah digunakan sebagai meterai perbadanan bagi Majlis."
MAIS merupakan satu entiti pertubuhan perbadanan (a body corporate) menurut Seksyen 5(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada 1 Mac 2005, Pentadbiran Bahagian Pengurusan Baitulmal (BPB) telah dipindahkan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke MAIS dan telah disahkan oleh Mesyuarat MAIS pada 14 April 2005.

Pengasingan ini adalah menepati kehendak peruntukan Seksyen 81(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan bahawa MAIS berkuasa untuk mentadbir dan berhak kepada semua wang dan harta Baitulmal.



ORGANISASI MAIS


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 




Mengurus sumber manusia secara terancangan dan strategik, bilangan yang mencukupi, kompeten dan berdisiplin, pengurusan kerjaya dan pengiktirafan yang baik serta adil serta pengurusan kemudahan dan kebajikan yang mantap dan berkesan.

Fungsi-Fungsi 

Mengurus hal ehwal Pengurusan Sumber Manusia yang meliputi:
  •  pengambilan dan perkhidmatan
  •  pengurusan prestasi pegawai
  •  Pengurusan penganugerahan pegawai
  •  Penyeliaan tatakelakuan dan tatatertib
  •  Pengurusan kebajikan dan persaraan
  •  Mengurus program latihan dan kompetensi
  •  Mengurus Sistem Pengurusan Kualiti



Bahagian Pengurusan Hartanah


 



Merancang, melaksana dan mengurus hartanah Majlis supaya mendatangkan pulangan kepada majlis secara optimum bagi membantu meningkatkan kedudukan ekonomi umat islam di Negeri Selangor. 


Latar Belakang Bahagian Pengurusan Hartanah 

Selaras dengan pemerkasaan MAIS, maka bahagian ini dikenali dengan Bahagian Pengurusan Hartanah. Dalam memastikan tanggungjawab MAIS sebagai pemegang amanah tunggal harta umat Islam di Negeri Selangor dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bahagian ini berperanan dalam mengurus, menyelenggara dan membangunkan harta-harta tersebut agar dapat memberikan pulangan dan manfaat kepada umat Islam di negeri ini. Untuk memastikan tugas tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar, bahagian ini dibahagikan kepada tiga (3) unit iaitu:

         *   Unit Pembangunan Hartanah
         *   Unit Pengurusan Hartanah
         *   Unit Penyelenggaraan

Waran perjawatan yang telah diluluskan dalam Mesyuarat MAIS bagi Bahagian Pengurusan Hartanah adalah sebanyak 5 jawatan. bahagian ini diketuai oleh seorang Penolong Setiausaha gred 44, 3 orang Pegawai gred 41 yang mengetuai Unit Pembangunan Hartanah, Unit Pengurusan Hartanah dan Unit Penyelenggaraan, 6 orang pegawai gred 27/29, 6 orang pegawai gred 17.

 Fungsi-Fungsi Bahagian Pengurusan Hartanah

Fungsi-fungsi utama Bahagian Pengurusan Hartanah ialah:
  • Mentadbir dan memanfaatkan hartanah MAIS.
  • Memastikan penyelenggaraan hartanah MAIS secara terancang, sistematik dan selamat.
  • Memastikan pengurusan penyewaan hartanah MAIS adalah pada tahap yang maksima.
  • Memastikan mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan diadakan 4 kali setahun.




No comments:

Post a Comment